Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Dengan limpah kurnia-Nya yang maha kuasa , Alhamdullillah saya telah di izinkan oleh-Nya untuk membuka kedai Barber Shop Station ( Kedai Gunting Rambut ) yang beralamat di Lot 5 , Level 3 Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan , 56000 Kuala Lumpur
Kedai Barber Shop telah di buka pada 1.1.2018 dan beroperasi pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Buat masa ini kedai saya tiada pekerja lagi dan saya dalam usaha untuk mencari pekerja, Alhamdulillah saya telah diberikan sedikit ilmu kemahiran untuk gunting rambut dan boleh gunting rambut mengikut kehendak pelanggan. Untuk pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di kedai saya boleh hubungi saya 0196033016 G-mie , diantara hasil kerja tangan saya seperti gambar di bawah
Di kedai saya juga ada menjual barangan penjagaan JANGGUT produk daripada Sri Lanka dan dibawa masuk ke Malaysia dan dinamakan MOUREDDY yang dijual 1 set merangkumi 3 jenis barangan dengan harga promosi RM99.00 , untuk mengetahui apa itu produk MOUREDDY boleh klik ke page ini https://moureddy.com/products atau info@moureddy.com
Pengasas produk moureddy yang merupakan seorang model dan pelakon..
Bagi mereka yang inginkan mengayakan rambut mengikut citarasa dan style sendiri , di kedai saya juga ada menjual POMADE HIPSTER.. untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik page tersebut https://www.hipsterpomade.com/ di jual dengan harga yang special buat pelanggan yang beli dikedai saya. percuma dengan Gelang Getah dan Keychain Pomade Hipster, Dijamin halal boleh di bawa sembahyang..
Alhamdulillah juga , kad Loyalty Barber Shop Saya telah pun siap dan akan di edarkan kepada pelanggan, Mana -mana yang bertandang ke kedai saya jagan lupa untuk mengambil kad LOYALTY untuk mendapatkan potongan rambut secara percuma ( "FREE ") jika telah gunting sebanyak 10 kali. kad tersebut seperti gambar di bawah
Semoga dengan usaha yang dijalankan untuk bangunkan perniagaan gunting rambut mendapat sambutan dan kepada pelanggan yang telah bertandang diucapkan ribuan terima kasih dan kepada yang baru,, anda semua dijemput ke kedai saya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 019-6033016 atau email kepada ct_h75@yahoo.com
Terima kasih semua....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan